Assalamualaikum
Hi korang ! Harini Bella nak kongsi apa yang terjadi harini. Memang rutin harian Bella bangun pagi bagi kucing makan . Ye lah selalunya kucing ni pagi pagi kelaparan kan . Bella total ada 5 anak kucing + kiki(anak kucing Khaleedah ) + Coro (mak kepada 5 anak kucing tu dan nama penuh dia Corona hehehe) . Semua comel comel.
Hi ! Nama saya Kiki !Okay bermula lah cerita Bella , ada seekor anak coro ni nama dia Termenung (sebab dia suka termenung sorang sorang) bulan 11 2020 haritu pernah perasan perut dia besar Dr kata macam lain macam perut dia . Macam ada air yang banyak , then Dr kata takpe kita try bagi ubat cacing tengok macam mana . Lepas beberapa bulan tengok perut dia dah surut dan dia dah aktif , Termenung ni takde lah tak makan ke , muntah ke , atau tak buang air ke .Takde langsung tanda macam tu so assume cacing lah kot haritu .
Hujung bulan 12 2020 haritu tengok perut dia membesar balik, Bella syak alamak takkan lah sakit tu kan . Tapi dia memang jenis tak aktif dah lepas tu , then kalau orang angkat dia nak main dia meow kuat macam sakit . Kesian gila😭😭 Selalu aktiviti harian dia makan , berak lepas tu duduk je satu tempat .
Harini , Bella bagi lah makan macam biasa pagi tu then tiba tiba Termenung datang ke tempat makan pandang Bella . Bella tengok muka dia jadi bengkak macam chipmunk . Comel gila but in the same time kesian rasa nak nangis . Then Bella jadi risau terus panggil pakcik bella suruh tengokkan . Pakcik bella kata bawak pergi vet tu untuk check.
Terus Bella kejut adik untuk teman then siap siap . Tepat pada waktunya mama balik dari jogging . Terus shoot pergi hospital kucing . Bella pergi Segar Veterinar Cheras. Tunggu giliran then Dr tu check lah Termenung .