Pages

6 January 2021

APA ITU VIRUS FIP ?

 Assalamualaikum 

Harini kita akan bincangkan mengenai virus FIP . Apa itu virus FIP ?

FELINE INFECTIOUS PERITONITIS VIRUS (FIP) @ FELINE CORONAVIRUS INFECTION.

Gambar sumber Google.

TANDA TANDA DAN GEJALA FIP

Terdapat dua kategori utama FIP iaitu jenis basah dan jenis kering yang masing masing mempunyai ciri ciri yang berbeza. Walaubagaimanapun, dua jenis yang berbeza ini tidak semestinya berpisah, ada juga kucing yang mengalami kedua dua gejala ini.

💨Gejala biasa dari FIP jenis basah:

  1. Tekanan pada abdomen kerana pengumpulan cecair
  2. Kesukaran bernafas kerana tekanan pada paru paru
  3. Demam berpanjangan dan tidak sembuh
  4. Tiada selera makan
  5. Kekurangan berat badan
  6. Depresi

💨Gejala biasa dari FIP jenis kering:

  1. Demam berpanjangan dan tidak sembuh
  2. Tiada selera makan
  3. Depresi
  4. Kekurangan berat badan
  5. Pelbagai tanda tanda lain yang berkaitan dengan kegagalan organ (buah pinggang, hati, pankreas, sistem saraf, mata)

PUNCA FIP
FIP selalu terjadi pada kucing muda yang kurang dari 3 tahun namun ia juga boleh berlaku kepada kucing pelbagai usia. Dikatakan proses mutasi virus yang membawa kepada FIP lebih kerap berlaku pada kucing yang tidak matang atau sistem imunisasi lemah. Coronavirus yang disebarkan secara terus melalui hidung dan mulut kepada najis yang sudah dijangkiti.


Berkongsi kotak najis merupakan laluan utama penyebaran coronavirus di antara kucing. FIP hanya berkembang pada kucing yang sudah dijangkiti coronavirus jadi pendedahan tidak bermakna automatiknya kucing akan diserang FIP.

Malangnya tiada rawatan untuk FIP. Hanya rawatan sokongan termasuk mengeluarkan pengumpulan cecair di dalam abdomen dapat memberikan keselesaan pada kucing yagn dijangkiti. Pelbagai ubat ubatan direka untuk mengurangkan respon imun tidak normal kepada virus atau mengurangkan keupayaan virus untuk membiak sudah dicuba dan mungkin memberikan sedikit kelegaan pada penyakit ini.

Secara keseluruhannya, kucing yang diserang FIP jenis basah cepat gagal melawan virus ini (dari beberapa hari ke minggu) berbanding kucing yang diserang FIP jenis kering (mengambil masa berbulan bulan), walaupun ada yang mampu hidup selepas beberapa bulan.

Dengan mencegah dari pendedahan coronavirus merupakan cara yang terbaik untuk mengelak dari FIP. Membela kucing anda di dalam rumah (indoors) memberikan mereka perlindungan.

Terdapat vaksin untuk FIP walaupun penggunaannya masih lagi kontroversial. Vaksin ini diberikan ke dalam hidung dan direka untuk menghasilkan hanya respon untuk menghalang virus tersebut dari menguasai tubuh badan kucing. Vaksin ini tidaklah 100% berkesan dan ia perlu diberikan sebelum pendedahan semulajadi kepada coronavirus untuk lebih berkesan.

Oleh kerana FIP agak jarang berlaku dalam kesemua populasi kucing, keperluan untuk penggunaan seharian vaksin FIP ini masih tidak jelas dan pasti. Veterinar anda boleh berbincang mengenai penggunaan vaksin FIP untuk kucing anda.

Kucing yang berkongsi rumah dengan kucing yang dijangkiti FIP tidak mempunyai risiko untuk diserang FIP melainkan kucing kucing tersebut merupakan adik beradik yang berkongsi kecenderungan genetik. Mereka juga mungkin sudah didedahkan dengan coronavirus jadi tidak perlu langkah berjaga jaga yang spesial. Veterinar anda boleh menyediakan nasihat tambahan dalam penjagaan di rumah. Jika anda membawa pulang kucing baru, sila pastikan kucing tersebut tidak dijangkiti coronavirus untuk memastikan kucing kucing anda yang sihat tidak dijangkiti

 CARA JANGKITAN MEREBAK

  1. Macrophages membawa coronavirus melaui salur darah pergi ke merata tisu organ. Basically virus akan attract antibody, antibody datang, macrophage neutrofil dating dan akan attract pada lesion, dan membuatkan pyogranulomatous changes so ini yang kita katakan dry form fip. Secara klinikalnya kucing akan sangat kurus dengan tiada selera makan, dehidrasi yang sangat teruk, demam berpanjangan, cirit birit yang tak respond pada rawatan, on off diarrhoea, hilang keseimbangan, pada asalnya ada juga kucing yang menunjukkan tanda selesema sakit mata bersin.sebab itu kita lihat salah satu karakteristik dry form coronavirus adalah selaput putih kelabu di mata dan hilang keseimbangan seolah olah saraf terganggu.
  2. Penghasilan vasoactive amine yang meningkatkan vascular permeability dan seterusnya plasma protein keluar dan menghasilkan cecair dalam perut yang mengandungi protein yang tinggi seterusnya merosakkan lagi tissue. Lama kelamaan  cecair juga akan terbentuk di kawasan thorax dan kucing kan mengalami kesukaran bernafas dan akhirnya mati. Ini yang kita panggil wetform coronavirus (feline infectious peritonitis).

Malangnya masih tiada rawatan yang boleh menyembuhkan sakit ini. dan rawatan yang diberi adalah berdasarkan supportive treatment untuk mengawal dehidrasi dan secondary bacteria infection seterusnya mengurangkan pembentukan air di abdomen dan kawasan thorax untuk memanjangkan hayat kucing

Mengapa walaupun kucing divaksinkan tetapi masih kene jangkitan ini?? of course sebab vaksin yg avaiable di malaysia  cuma 4 in 1 (parvo & 3 jenis selesa) dan 5 in 1 cat vaccine. (extra felv vaksin).. FIV  dan FIP vaksin tidak tersedia di malaysia pun begitu ada sesetengah negara seperti thailand masih mengamalkan vaksin FIP namun begitu masih ada jangkitan fip antara 2 dalam 10 kucing yg divaksinkan dengan vaksin FIP. 

CARA UNTUK DETECT FIP 

  1. Test kit. 👉Bab test kit kami jrg guna sebab selalunya tak confirm positive atau negative
  2. A:G ratio.👉 A:G ratio ni kita detect proportion albumin globulin. jika A:G ratio <4.0 ada possibility yg tinggi untuk FIP infection. jika >4.0 possibility yg tinggi untuk bukan FIP. 
  3. Abdominocyntesis mengeluarkan cecair likat berwarna kuning. cecair ini jika kita letak di atas cuka (acetic acid) ianya tidak larut. test ini selalunya kita guna utk detect wetform fip. (rivalta test) simple, mudah dan murah

Saya tekankan disini ini adalah virus yg menyerang kucing yg mempunyai immune system yg compromised dan immune system yg rendah. so guys... make your cat happy from now on. pastikan kucing punyai selera makan yg baik. jika kucing anda kurang makan utk suatu tempoh yg lama anda harus bertindak segera. sekiranya kucing anda stress kerana terkurung dan tak boleh mengawan, sila mandulkan.

Untuk pembacaan yang lebih boleh layari sini.

Sumber : Facebook (Klinik Veterinar Bidor ) & TheMamaMiow

Adios Amigos ! Bella ciao !

No comments:

Post a Comment

Any question ?