Pages

15 February 2014

15 . 02 . 2014 -merentas desa SMK DESA PETALING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera wahai rakyat jelata . ececehhhh . (berangan !)

post Fatin kali ni nak berkisahkan tentang MERENTAS DESA .
bunyi macam menyeramkan .. agak ahh ~~~ hehehe
ceritanya bermula begini pagi tadi masa Fatin tengah syok dok layan mimpi pakwe hensem .terdengar RIhanna nyanyi lagu The Monster jadi Fatin dah agak telefon Fatin jerit minta diangkat . tengok -tengok nama Cikgu Wan pulak . Fatin jadi pelik lah kenapa dia telefon pagi-pagi buta . hari sabtu pulak ttu . bertambah tambah tambah kepelikan Fatin pagi ni .Fatin pon angkat lah .

Cikgu : Fatin , awak kat mana .
Fatin : saya kat rumah lah cikgu . tengah tido . kenapa cikgu ?
cikgu : saya kat depan rumah awak ni . nampak kereta satria warna biru . haa kat situ .
Fatin : ohh ye ke . emm nanti saya keluar .
Cikgu : tak pe lah . awak sambung lah tidur tu .

Fatin dengan rambut mengerbang macam kak ponti dengan muka penuh dengan air liur basi keluar rumah . tengok tengok terdetik dalam hati "kenapa cikgu bawak ramai ramai budak pergi rumah aku ni . semua baju sukan pulak tu . ingatkan nak ajak jogging " agak loading jugak lah Fatin kat situ . tiba tiba macam ade satu saraf otak Fatin puuppp ! ' HARI NI MERENTAS DESA !' ape lagi Fatin masuk rumah basuh muka semua sarung tudung yang ade terus pegi kat cikgu dengan muka baru bangun tido hahahahaha 
boleh bayangkan tak ? okey stop stop . lawak lawak . sampai kat situ salam cikgu Wan then ada lagi sorang cikgu .(cikgu baru) dengan bebarapa sukarelawan (lah sangat . padahal malas nak lari ) hahaha 
tunggu punya tunggu budak budak yang merentas desa ni . lama lah jugak . nampak lah sorang mamat ni . perhhh rumah hijau ! ini tidak adil tidak adil ! (hentak kaki) dengan rela tak rela Fatin jadi tidaksukarelawan hahahahaha bagi 'checkpoint' kat dorang ni . kemudian mula lah adik adik Fatin tercintan (lah sangat) keluar rumah tunjuk muka (konon comel) kat bebudak yang bersungguh sungguh lari ni .tup tup dorang bagi getah 'checkpoint' tu sekali .

haaa nampak tak yang ada budak tiga orang tu ? yang kecik tepi tu . tu lah adik adik tercintan Fatin 
*muntah darah 

dalam 30 minit centu akhirnya habis lah pelajar pelajar yang memberikan sepenuh jiwa dan raga mereka kepada merentas desa ni . cikgu dengan budak budak yang paling rajin (lawannya) kembali ke sekolah .Fatin salam dan bai bai cikgu . dalam hati terdetik ' cikgu !!! tak nak bawak saya pergi sarapan ke ? T.T'
Fatin masuk rumah kedebummm sambung tidur tadi . hehehehehe 

THE END .

gambar yang tak berapa nak hiasan . hohohoho

No comments:

Post a Comment

Any question ?