Pages

6 January 2021

ANAK CORO DISYAKI VIRUS FIP ?

 Assalamualaikum 

Hi korang ! Harini Bella nak kongsi apa yang terjadi harini. Memang rutin harian Bella bangun pagi bagi kucing makan . Ye lah selalunya kucing ni pagi pagi kelaparan kan . Bella total ada 5 anak kucing + kiki(anak kucing Khaleedah ) + Coro (mak kepada 5 anak kucing tu dan nama penuh dia Corona hehehe) . Semua comel comel. 

Hi ! Nama saya Kiki !

Coro(bawah hujung kiri) dan anaknya 5 ekor (nakal)
🐈Coro (bawah hujung kiri) dan anaknya 5 ekor (nakal)

Okay bermula lah cerita Bella , ada seekor anak coro ni nama dia Termenung (sebab dia suka termenung sorang sorang) bulan 11 2020 haritu pernah perasan perut dia besar Dr kata macam lain macam perut dia . Macam ada air yang banyak , then Dr kata takpe kita try bagi ubat cacing tengok macam mana . Lepas beberapa bulan tengok perut dia dah surut dan dia dah aktif , Termenung ni takde lah tak makan ke , muntah ke , atau tak buang air ke .Takde langsung tanda macam tu so assume cacing lah kot haritu . 

    Hujung bulan 12 2020 haritu tengok perut dia membesar balik, Bella syak alamak takkan lah sakit tu kan . Tapi dia memang jenis tak aktif dah lepas tu , then kalau orang angkat dia nak main dia meow kuat macam sakit . Kesian gila😭😭 Selalu aktiviti harian dia makan , berak lepas tu duduk je satu tempat . 

Harini , Bella bagi lah makan macam biasa pagi tu then tiba tiba Termenung datang ke tempat makan pandang Bella . Bella tengok muka dia jadi bengkak macam chipmunk . Comel gila but in the same time kesian rasa nak nangis . Then Bella jadi risau terus panggil pakcik bella suruh tengokkan . Pakcik bella kata bawak pergi vet tu untuk check. 

Terus Bella kejut adik untuk teman then siap siap . Tepat pada waktunya mama balik dari jogging . Terus shoot pergi hospital kucing . Bella pergi Segar Veterinar Cheras. Tunggu giliran then Dr tu check lah Termenung . 


Dr tu check Termenung then dia kata nak check cecair yang ada dalam perut dia . Bella tak sanggup nak tengok tapi Dr tu kata cecair dia masih tak pekat . Kalau pekat tu lagi bahaya . So dr bagi ubat Antibiotic , Multivitamin dengan surut bengkak. 

Total bill kena dalam RM127 termasuk ubat kutu. Bella syak FIP sebab dr sebelum tu pernah cakap pasal FIP . 
Tak tahu FIP tu apa ? Baca Apa itu virus FIP .


Bella mintak semua tolong doakan kesihatan Termenung supaya sihat seperti sediakala. Aminnn.

**will update more later

Adios Amigos ! Bella ciao !

APA ITU VIRUS FIP ?

 Assalamualaikum 

Harini kita akan bincangkan mengenai virus FIP . Apa itu virus FIP ?

FELINE INFECTIOUS PERITONITIS VIRUS (FIP) @ FELINE CORONAVIRUS INFECTION.

Gambar sumber Google.

TANDA TANDA DAN GEJALA FIP

Terdapat dua kategori utama FIP iaitu jenis basah dan jenis kering yang masing masing mempunyai ciri ciri yang berbeza. Walaubagaimanapun, dua jenis yang berbeza ini tidak semestinya berpisah, ada juga kucing yang mengalami kedua dua gejala ini.

💨Gejala biasa dari FIP jenis basah:

  1. Tekanan pada abdomen kerana pengumpulan cecair
  2. Kesukaran bernafas kerana tekanan pada paru paru
  3. Demam berpanjangan dan tidak sembuh
  4. Tiada selera makan
  5. Kekurangan berat badan
  6. Depresi

💨Gejala biasa dari FIP jenis kering:

  1. Demam berpanjangan dan tidak sembuh
  2. Tiada selera makan
  3. Depresi
  4. Kekurangan berat badan
  5. Pelbagai tanda tanda lain yang berkaitan dengan kegagalan organ (buah pinggang, hati, pankreas, sistem saraf, mata)